Sunday, 29 November 2015

Cepatnya masa berlalu

29 november 2015

Seingat aku, aku buat blog untuk meluahkan rasa hati yang terpendam. Sebenarnya lebih pada membuang masa sebab tidak ada idea untuk menulis tesis.

Sekarang ni pun, aku still stuck dengan tesis. "Ayoyo shu. Udah lebih 3 tahun u buat tesis, tp masih belum siap2 lg ni. Lu apa citer ni..."

Orang lain dah siap sambung phd, dah kahwen, dah ada anak dah pon. Aku ni, masih lagi main teka teki, bila nak ada mood buat tesis correction untuk master ni. Teruk3

Tapi Alhamdulillah, pejam celik pejam celik rupanya dah hampir setahun setengah aku dah keja. Walaupun executive, tp still jd assistance. Apa2 je ler, janji masyukkk.. hihihi

Walaubagaimanapun, aku memang WAJIB konvo tahun depan sebab dah viva dah pon. Ni dalam proses nk buat correction.

Hopefully, mood datang ler minggu depan. Dan, mudah-mudahan kalau aku singgah pon kat blog ni for the next time, masa tu aku tengah xde mood nk buat phd tesis plok. Amin...

Thursday, 20 August 2015

Bersyukur

Begitu cepat waktu berlalu. Kurasakan diri ini masih terlalu mentah untuk menempuh alam dunia pekerjaan yang begitu mencabar. Tidak pernah terlintas difikiran untuk hidup bersendirian jauh dari keluarga tercinta. (Cehh....Padahal still dlm malaysia. Koya je lebih. Haha)

Ok, back to the main point. Sebelum ni, masa sekolah rendah rasa salute gila dgn kak2/abg2 yg masuk sekolah menengah. Sebab nmpk diorg study mcm susah gila. Padahal aku pon akan hadapi benda yang sama.

Masuk plak sekolah menengah, respect gila plak k akak2/abg2 yg masuk universiti. Masuk universiti aku respect gila k org yang keja best2. Padahal x semestinya org keja best, idup diorg best jgak. Sebab kebahgiaan, ati yang tenang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. cewahhh.. hihihi

Sekarang bila aku dah dpt apa yg aku salute/respect dulu2, tetiba aku rasa bestnya kalau aku dapat masuk sekolah rendah balik. Ruginya dulu2 aku x involved dlm any sport. Ruginya aku x involved dlm aktiviti kelab, ruginya bla bla bla...

Conclusion: sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Sebab kalau kita kaya sekaya kayanya pon, kalau hati tidak tenang langsung tidak ada maknanya..