Kenapa aq bg tajuk 2
hari 1 malam? Tersebutlah sebuah alkisah…
Beberapa bulan yg lepas,
aq ade menerima emel yg menjemput aq untuk menghadiri temuduga di sebuah
syarikat. Tp aq apply juz guna result degree jer ler since master pon x abis2
lagi. Dan dlm kandungan emel tersebut ada mengatakan yg aq mempunyai 3 option.
1st: menolak disertakan sebab, 2nd: postpone or 3rd:
pergi interview on that time.
Kalau ikutkan kata hati, aq nk menolak jer tp
bila difikirkan yg aq xde sebab yg munasabah, terpaksa ler aq meminta pandangan
org len. Bila tye family, of course lar diorg suh pergi je. Member2 pulak
syorkan aq pergi jugak interview tu since company tu memang sebuah company yg
menjalankan perniagaan research. Memang bidang aq pon bab2 research ni.
Dan setelah berfikir dan
meminta pandangan org, aq pon membuat keputusan utk postpone interview tu.
Salah satu sebab aq postpone sebab aq nk ciapkan full paper utk tesis yg
tertangguh sekian lama (tp, sampai sekarang pon x ciap2 ag). So, ia (Jobstreet since jobstreet yg link ngan
company tu) suh state tarikh yg aq betul2 free. Aq state lar date antara 18-28
November 2013 coz masa tu memang budak2 sekolah cuti. Bole lar aq ajk salah
sorang adk2 aq temankan. Dan disebabkan tarikh untuk interview tu ditangguhkan
pada 22 Nov 2013, jd aq pon membuat keputusan utk booking tiket flight sebab
jarak masa untuk sampai ke bulan Nov masa tu lebih kurang 3 bulan. So, jika
kita tempah tiket flight awal dpt tiket dgn tambang murah.
Perancangan awal, aq nk
ajk Bella (adik) jer. Plan bertukar. aq & Kak Shida (kak sulung) bercadang
nk ajk mak, ayah, Syafiq (adk bongsu) n Shahrul (2nd bongsu). Masa aq search tiket tambang murah, aq tgk
tarikh tu harga tiket flight hanya RM29 sahaja. So, aq pon tangguhkan dlu.
Tut2, tgk selepas beberapa ari kemudian harga ia naik plok ke RM59. So,
terpaksa lar ajk mak n Syafig jer. Tapi lepas beberapa minggu kemudian, tiket
flight (pada hari dan waktu yg sama) turun harga pulak. Jd RM29 pulak. So, aq
booking lar utk ayah n Shahrul jgok.
Kita org (aq, mak, ayah,
Syafiq n Shahrul) bertolak dari umah pada pukul 7.15am bersamaan hari khamis 21
Nov 2013. Syafiq n Shahrul lar paling excited time tu. Maklum ler, first time
nek flight. Flight departed pukul 8.20a.m dr Kuala Terengganu dan jangka sampai
k KUL jam 9.15a.m. Aq pon first time nek flight. Bagi aq nek flight x lar
seronak sangat, seronok nek bot lagi. Sampai jer kat KUL, Kak pon jemput kita
org. Kak semangat jugok nk bercuti. Dari Melaka tu kot. Dia mintak cuti
seminggu utk bersama-sama berjlan-jalan
k Kuala Lumpur (2 hari jer kat KL dan the rest sambung cuti 5 ari kat Ganu)
sambil menemani aq utk ke tempat interview. Ok.. Our journey 2 ari 1 malam pon
bermula…
Aq ringkaskan citer jd
sependek yg mungkin since aq memang xde idea sngt nk nulis2 ayat pnjg2 nie..
21 Nov 2013
Mcm kebiasaan, aq time
alarm jam kul 6.20 pg utk solat subuh n berciap utk k airport KT. Tp, nmpoknya
ari tu x pyah dgar alarm dah ada alarm yg menjerit2 suh bangun. Sape lagi lau
bkn 2 org budak yg over excited nk naik flight. Syafiq n Shahrul. Diorg ciap
berciap ngan sweter ag tu.
Flight sebenarnya kul
8.15 pg. Ayah suh adk aq, Ril utk antar kita org kat airport. Smpai kat airport
rasanya awai 1 jam sebelum depart. Tp, since aq x check in lagi tiket flight
tu, so agak tergopoh-gapah cikit lar. Tp, lepas tu ok jer lar. So, pengalaman
nek flight, bg aq base2 jer. X lah seronok sangat. Tngk awan jer kan kt atas
tu. Bkn de apa2 pon.
Smpai lar kat KUL kul
8.15. Tunggu Kak Shida plok dekat setengah jam baru smpai. Smpai jer Kak, kita
org cari dlu hotel yg berdekatan dngn tmpt interview. Tp, cari hotel yg Kak
booking dekat 2 bln lepas dah. Pusing punya pusing akhirnya jupe lar hotel tu.
Tp, bkn hotel kat PJ. Saloh pgi upanya. Kak booking hotel (company sama) dekat
Kelana Jaya upanya. So, pusing lar sekali lagi. Nasib de GPS. Bkn kenai sangat
jln kt area KL n Selangor ni.
Disebabkan sampai awal n x taw dah nk singgah
mane2, Kak pon bg cadangan suh naik LRT jer. Jimat masa n cost. Bg ayah, mak,
Syafiq n Sharul, nek LRT merupakan first experience lar. Tp bg aq, aq penah dah
nek LRT berapa tahun yg lepas. Masa aq form 4. So, masa tahun 2006 yg lepas.
Dlu nak masuk, beli kad kat kaunter. Tp, sekarang ni juz guna mesin n bkn dalam
bntuk kad dah. Dlm bentuk token. Of course, Syafiq lar org yg paling excited
nak naik. Ciap tgk luar macam nk keluar jer dari cermin LRT tu.
Lokasi yg dituju, Masjid
Jamek dari Kelana Jaya. Syok upanya shoping kat sana. Murah kot barang2 c2. Aq
beli jubah harga dalm RM38 jer. Lau kat Ganu, beli jenis n kain yg sama dlm
linkungan RM130 lau x silap. Tp, aq bab
shoping nie malas sikit. Mak bkn main suh beli lagi, aq juz beli sehelai tu
jer. Malas ar nk try2 plok. Rimas. So, jln2 jer lar disamping beli tudung utk
adk2 yg kat umah.
Malam tu, kita org jln2
kat I-city. Tp, disebabkan kita org dah penah pegi, so xde lar excited sngt.
Tp, aq, Kak n ayah masuk tngk 6D. Mak, Syafiq n Shahrul xnak join. Takut kot.
Aq tgk pasal alien. Masuk dalam selama 7 minit jer. Bayaran ia, RM10 seorg. Ok
lar kot. Rase cam real jer. Siap de percikan air kat muka n rase cam de bnda
merayap jer kat kaki.
Pah, ciap enjoy, kita
org balik terus kat hotel setelah seharian berjalan. Kepenatan..
22 Nov 2013
Hari temuduga.. Smpai
kat tmpat temuduga 1jam awal. Tp, aq tunggu jer dlu sampai lar dekat 15 minit
baru aq masuk. Pasal interview, aq x nak cerita panjg2. Juz nk gitau, bos tu
dia tye bile aq nk start keja. Aq gitau ar aq free dlm bln 1 n 2. So, dia kata
akan kol jer dlm bln tu. Tp, dia kata disebabkan aq ni fresh graduate dia bg
kontrak jer 3 bln coz ia nk nilai.
Ok, pah jer settle aq
interview, aq tgk ayah cam mintak tolong org jumper bateri kereta. Inga tag de
2 org lelaki tolong. Sorang yg de alat jumper tu, and sorang ag member dia guna
kereta dia utk jumper. Kereta voswegen baru kot. Dah lar hansome giler org tu.
Cair sekejap (opppss. Lari topic plok. Hehe)
Kereta Kak bateri lemah.
Memang lar lemah, sebab 3 tahun dah x tukar2 bateri baru sejak beli kereta dia
tu. So, apa lagi. Jalan2 cari bateri kereta plok lar lepas tu. Dapat jer bateri
baru, pegi plok isi full tank minyak. Masa berhenti kat shell tu, Kak duk cari
tmpat nk g plok pah tu. Cadangan nak g Bukit Cerakah. Nk ajk adk2 tgk 4 musim
katanya. Tp kan, GPS plok cam buat hal. Susah nak connect plok. Kak pe lagi.
Kuar lar baran nya tu. Org Ganu pangggil “musam”..
Pah tu, dia terus jer
pandu keta ia slow2. De kat satu selekoh kuar dari Shell (kebetulan jalan
dibaiki, so sempit lar sikit situ), aq nampok bas lalu. Dekat sngt ngan keta.
Ingat ke Kak nampak and nak berhenti. Tp tut2 aq rase cam keta terseret jer.
Rupanya bas tu langgar dah bumper depan keta Kak. Tercabut bumper kereta. Bas
tu plok abis tercalar bahagian sisi. Nasib lar xde pe2. Juz keta jer yg teruk
sikit. Memang x leh nk gerak langung keta tu sebab tangki stering bocor.
Kalau berada dlm situasi
mcm ni, agk2 apa tindakan bijak yg kita bole ambk? Dlm situasi ni, bas tu
berhenti. Nak tngk keadaan bas dia. Tp, since jln kt PJ ni memang x penah nk
lengang, so dia pegi kat tepi dlm 300 meter dari tempat kejadian. Dlm masa duk
kepeningan nk buat camne, mai lar sorang pak cik posmen tye camne nk settle.
Dia pon tlng col member dia suh tgk2 keta. Member dia tu pomen.
Dlm duk tunggu pomen tu dtng, mai plok 2 org ejen
insurans. Lau ikutkan cadangan mak, dia suh jer pomen tu tgk2 dlu. And kalau
kereta bole jln dia nak suh Kak hantar baiki kat Ganu jer. Call plok pak sedara
tye. Pandangan dia camtu jugok. Tp, ejen insuran tu kata, lau terjadi plok
perkara2 yg diluar jangkaan( ie:terlanggar, melanggar) pihak insuran xkan cover
dah cost tu. Kak plok, of course lar x berani nk tanggung risiko. Dngan xde
bumper depan, lampu depan pecah.. camne nk bawa balik Ganu. Memang x lar. Aq
pon sependapat ngan Kak. Ayah plok terserah jer Kak nak buat camne.
Aq taw sebab apa mak
fikir cam tu. Ayah 2 kali dah excident camtu. Memang makan masa bebulan nk
baiki keta tu. Nk claim plok makan masa bertahun. Tp, ejen insuran tu jamin yg
keta Kak bole ciap dlm masa 2 minggu jer. Mak dgr lagi lar dia x percaya. Cepat
kot. Tp, akhirnya dgr kata ejen insurant u coz Kak memang x berani tanggung
risiko dah. Kak kata, pasal kereta memang lar dia sayang. Keta baru kot
(persona). Guna duit dia sendiri kot. Tp, kalau pasal nyawa dia x berani nk
tanggung risiko. Xkan nk balik dari Selangor k Ganu naik keta yg camtu. Kita x
taw keadaan dlm (enjin, temperature) camne. Takut, kot2 lau kepanasan jd
perkara lain plak.
Pah lama berbincang,
driver bas pon mai. Macam nak marah je. Tp, lepas dngr Kak mengaku salah, dia
ok jer. Dia ingt Kak nk salahkan dia. Plak tu dia ingat Kak sengaja xnak mai
kat dia parking bas tu. Nk pegi camne kan, keta dia sendiri pon xleh nak gerak.
Driver tu ciap gitau de makcik k pakcik entah, pengsan sebab excident tu. Lawak
lar plak dgr. Sebab kitaorg yg duk dlm keta x menjerit pon. Ternganga de
lar.Blur sekejap. Lepas tersedar, baru dgr Kak kata, “bumper aq”.. Tgk2, bumper
tergolek dah tngh2 jlan. Driver tu suh report kat balai coz lau Kak x repot cam
jd kes langgar lari. Plok tu, lau nk claim insuran memang kena de surat repot.
Semua urusan termasuk
menghantar kitaorg kat balai, sorang ejen insuran tu lar yg tolong settlekan.
Aq, mak, Syafiq and Shahrul, Ejen insuran tu suh tunggu kat kedai makan dlu. Ia
lar. Lau nak settlekan benda2 camtu x perlukan ramai. Cukup sekadar owner (Kak)
and peneman (ayah). Kak gitau kan, masa dia repot kat polis pasal excident tu,
pengawai polis tu senyum jer. Ciap bg advice, “lain kali lau nak masuk laluan
bg signal, and jgn masuk terus”.. Polis situ dah kalis. Agak2 dlm sehari lebih
30 kes excident kot berlaku sehari??
Nasib baik Kak bawak
sume dokumen dia termasuk geran keta. So, xyah ar nak mai plak kat PJ tu
semata-mata n kantar dokumen dia. Settle jer sume, terus jer g kat station bas.
Ejen insurant u jgok yg antarkan. Ejen insuran tu nama dia abg Bob kot. Lau x
silap lar. Nmpak muka cam baik jer.
Smpai2 jer kt station bas,
terus jer cari tiket. Tiket utk bas express utk ari tu abis. Sold out! So, de
lar kaunter utk bas tambahan. Harga dia dlm RM50 utk seorang. Tp, juz beli utk
5 org coz Syafiq kan kecik ag. Kongsi2 lar tmpat ngan dia. Tiket bas pukul 8.00
mlm. Tp, ada kat tu dlm pukul 5. Terpaksa lar menunggu. Bila difikirkan. Rasa
cam pelarian. Terkejar2.
Dlm duk tunggu, mak
sedara call gitau yg husband dia de kat putrajaya. Kebetulan de keja kat
putrajaya. Mai putrajaya naik van jabatan. Disebabkan juz pak sedara n driver
jer, so pak sedara bawak sekali 2 org anak dia teman. So, kalau dihitung, ruang
utk van jabatan biasanya bole memuatkan 12 passengers. So, campur pak sedara, 2
org anak dia n driver. So, de 8 lagi tmpat kosong. Kebetulan dia pon nk pulang
ari tu jgok kat Ganu. Apa lagi. Gunakan apa yg ada lar kan. So, aq and Kak pon
pulangan balik tiket bas tu. Tp, dia pulangan juz RM150 jer. Xpe lar. Asalkan
jimat and bole balik awal dari tu sudah.
Yeahh.. akhirnya sampai
kat Ganu keesokan harinya.
The moral of story, rancanglah
perjalanan anda seelok-eloknya. Pastikan bawak bekalan (duit) yg mencukupi.
And, the main point, jgn cepat melatah and jgn hot temper sangat. Kak pon de
kata yg, ‘Allah bg ujian supaya dia sabar’..
Will been continue… (pengalaman 2nd interview)