Thursday, 12 December 2013

Dua hari satu malam

Kenapa aq bg tajuk 2 hari 1 malam? Tersebutlah sebuah alkisah…

Beberapa bulan yg lepas, aq ade menerima emel yg menjemput aq untuk menghadiri temuduga di sebuah syarikat. Tp aq apply juz guna result degree jer ler since master pon x abis2 lagi. Dan dlm kandungan emel tersebut ada mengatakan yg aq mempunyai 3 option. 1st: menolak disertakan sebab, 2nd: postpone or 3rd: pergi interview on that time. 

Kalau ikutkan kata hati, aq nk menolak jer tp bila difikirkan yg aq xde sebab yg munasabah, terpaksa ler aq meminta pandangan org len. Bila tye family, of course lar diorg suh pergi je. Member2 pulak syorkan aq pergi jugak interview tu since company tu memang sebuah company yg menjalankan perniagaan research. Memang bidang aq pon bab2 research ni.

Dan setelah berfikir dan meminta pandangan org, aq pon membuat keputusan utk postpone interview tu. Salah satu sebab aq postpone sebab aq nk ciapkan full paper utk tesis yg tertangguh sekian lama (tp, sampai sekarang pon x ciap2 ag).  So, ia (Jobstreet since jobstreet yg link ngan company tu) suh state tarikh yg aq betul2 free. Aq state lar date antara 18-28 November 2013 coz masa tu memang budak2 sekolah cuti. Bole lar aq ajk salah sorang adk2 aq temankan. Dan disebabkan tarikh untuk interview tu ditangguhkan pada 22 Nov 2013, jd aq pon membuat keputusan utk booking tiket flight sebab jarak masa untuk sampai ke bulan Nov masa tu lebih kurang 3 bulan. So, jika kita tempah tiket flight awal dpt tiket dgn tambang murah.

Perancangan awal, aq nk ajk Bella (adik) jer. Plan bertukar. aq & Kak Shida (kak sulung) bercadang nk ajk mak, ayah, Syafiq (adk bongsu) n Shahrul (2nd bongsu).  Masa aq search tiket tambang murah, aq tgk tarikh tu harga tiket flight hanya RM29 sahaja. So, aq pon tangguhkan dlu. Tut2, tgk selepas beberapa ari kemudian harga ia naik plok ke RM59. So, terpaksa lar ajk mak n Syafig jer. Tapi lepas beberapa minggu kemudian, tiket flight (pada hari dan waktu yg sama) turun harga pulak. Jd RM29 pulak. So, aq booking lar utk ayah n Shahrul jgok.

Kita org (aq, mak, ayah, Syafiq n Shahrul) bertolak dari umah pada pukul 7.15am bersamaan hari khamis 21 Nov 2013. Syafiq n Shahrul lar paling excited time tu. Maklum ler, first time nek flight. Flight departed pukul 8.20a.m dr Kuala Terengganu dan jangka sampai k KUL jam 9.15a.m. Aq pon first time nek flight. Bagi aq nek flight x lar seronak sangat, seronok nek bot lagi. Sampai jer kat KUL, Kak pon jemput kita org. Kak semangat jugok nk bercuti. Dari Melaka tu kot. Dia mintak cuti seminggu utk bersama-sama berjlan-jalan  k Kuala Lumpur (2 hari jer kat KL dan the rest sambung cuti 5 ari kat Ganu) sambil menemani aq utk ke tempat interview. Ok.. Our journey 2 ari 1 malam pon bermula…


Aq ringkaskan citer jd sependek yg mungkin since aq memang xde idea sngt nk nulis2 ayat pnjg2 nie..

21 Nov 2013
Mcm kebiasaan, aq time alarm jam kul 6.20 pg utk solat subuh n berciap utk k airport KT. Tp, nmpoknya ari tu x pyah dgar alarm dah ada alarm yg menjerit2 suh bangun. Sape lagi lau bkn 2 org budak yg over excited nk naik flight. Syafiq n Shahrul. Diorg ciap berciap ngan sweter ag tu.

Flight sebenarnya kul 8.15 pg. Ayah suh adk aq, Ril utk antar kita org kat airport. Smpai kat airport rasanya awai 1 jam sebelum depart. Tp, since aq x check in lagi tiket flight tu, so agak tergopoh-gapah cikit lar. Tp, lepas tu ok jer lar. So, pengalaman nek flight, bg aq base2 jer. X lah seronok sangat. Tngk awan jer kan kt atas tu. Bkn de apa2 pon.

Smpai lar kat KUL kul 8.15. Tunggu Kak Shida plok dekat setengah jam baru smpai. Smpai jer Kak, kita org cari dlu hotel yg berdekatan dngn tmpt interview. Tp, cari hotel yg Kak booking dekat 2 bln lepas dah. Pusing punya pusing akhirnya jupe lar hotel tu. Tp, bkn hotel kat PJ. Saloh pgi upanya. Kak booking hotel (company sama) dekat Kelana Jaya upanya. So, pusing lar sekali lagi. Nasib de GPS. Bkn kenai sangat jln kt area KL n Selangor ni. 

Disebabkan sampai awal n x taw dah nk singgah mane2, Kak pon bg cadangan suh naik LRT jer. Jimat masa n cost. Bg ayah, mak, Syafiq n Sharul, nek LRT merupakan first experience lar. Tp bg aq, aq penah dah nek LRT berapa tahun yg lepas. Masa aq form 4. So, masa tahun 2006 yg lepas. Dlu nak masuk, beli kad kat kaunter. Tp, sekarang ni juz guna mesin n bkn dalam bntuk kad dah. Dlm bentuk token. Of course, Syafiq lar org yg paling excited nak naik. Ciap tgk luar macam nk keluar jer dari cermin LRT tu.

Lokasi yg dituju, Masjid Jamek dari Kelana Jaya. Syok upanya shoping kat sana. Murah kot barang2 c2. Aq beli jubah harga dalm RM38 jer. Lau kat Ganu, beli jenis n kain yg sama dlm linkungan RM130  lau x silap. Tp, aq bab shoping nie malas sikit. Mak bkn main suh beli lagi, aq juz beli sehelai tu jer. Malas ar nk try2 plok. Rimas. So, jln2 jer lar disamping beli tudung utk adk2 yg kat umah.

Malam tu, kita org jln2 kat I-city. Tp, disebabkan kita org dah penah pegi, so xde lar excited sngt. Tp, aq, Kak n ayah masuk tngk 6D. Mak, Syafiq n Shahrul xnak join. Takut kot. Aq tgk pasal alien. Masuk dalam selama 7 minit jer. Bayaran ia, RM10 seorg. Ok lar kot. Rase cam real jer. Siap de percikan air kat muka n rase cam de bnda merayap jer kat kaki.

Pah, ciap enjoy, kita org balik terus kat hotel setelah seharian berjalan. Kepenatan..

22 Nov 2013
Hari temuduga.. Smpai kat tmpat temuduga 1jam awal. Tp, aq tunggu jer dlu sampai lar dekat 15 minit baru aq masuk. Pasal interview, aq x nak cerita panjg2. Juz nk gitau, bos tu dia tye bile aq nk start keja. Aq gitau ar aq free dlm bln 1 n 2. So, dia kata akan kol jer dlm bln tu. Tp, dia kata disebabkan aq ni fresh graduate dia bg kontrak jer 3 bln coz ia nk nilai.

Ok, pah jer settle aq interview, aq tgk ayah cam mintak tolong org jumper bateri kereta. Inga tag de 2 org lelaki tolong. Sorang yg de alat jumper tu, and sorang ag member dia guna kereta dia utk jumper. Kereta voswegen baru kot. Dah lar hansome giler org tu. Cair sekejap (opppss. Lari topic plok. Hehe)

Kereta Kak bateri lemah. Memang lar lemah, sebab 3 tahun dah x tukar2 bateri baru sejak beli kereta dia tu. So, apa lagi. Jalan2 cari bateri kereta plok lar lepas tu. Dapat jer bateri baru, pegi plok isi full tank minyak. Masa berhenti kat shell tu, Kak duk cari tmpat nk g plok pah tu. Cadangan nak g Bukit Cerakah. Nk ajk adk2 tgk 4 musim katanya. Tp kan, GPS plok cam buat hal. Susah nak connect plok. Kak pe lagi. Kuar lar baran nya tu. Org Ganu pangggil “musam”..

Pah tu, dia terus jer pandu keta ia slow2. De kat satu selekoh kuar dari Shell (kebetulan jalan dibaiki, so sempit lar sikit situ), aq nampok bas lalu. Dekat sngt ngan keta. Ingat ke Kak nampak and nak berhenti. Tp tut2 aq rase cam keta terseret jer. Rupanya bas tu langgar dah bumper depan keta Kak. Tercabut bumper kereta. Bas tu plok abis tercalar bahagian sisi. Nasib lar xde pe2. Juz keta jer yg teruk sikit. Memang x leh nk gerak langung keta tu sebab tangki stering bocor.

Kalau berada dlm situasi mcm ni, agk2 apa tindakan bijak yg kita bole ambk? Dlm situasi ni, bas tu berhenti. Nak tngk keadaan bas dia. Tp, since jln kt PJ ni memang x penah nk lengang, so dia pegi kat tepi dlm 300 meter dari tempat kejadian. Dlm masa duk kepeningan nk buat camne, mai lar sorang pak cik posmen tye camne nk settle. Dia pon tlng col member dia suh tgk2 keta. Member dia tu pomen.

Dlm  duk tunggu pomen tu dtng, mai plok 2 org ejen insurans. Lau ikutkan cadangan mak, dia suh jer pomen tu tgk2 dlu. And kalau kereta bole jln dia nak suh Kak hantar baiki kat Ganu jer. Call plok pak sedara tye. Pandangan dia camtu jugok. Tp, ejen insuran tu kata, lau terjadi plok perkara2 yg diluar jangkaan( ie:terlanggar, melanggar) pihak insuran xkan cover dah cost tu. Kak plok, of course lar x berani nk tanggung risiko. Dngan xde bumper depan, lampu depan pecah.. camne nk bawa balik Ganu. Memang x lar. Aq pon sependapat ngan Kak. Ayah plok terserah jer Kak nak buat camne.

Aq taw sebab apa mak fikir cam tu. Ayah 2 kali dah excident camtu. Memang makan masa bebulan nk baiki keta tu. Nk claim plok makan masa bertahun. Tp, ejen insuran tu jamin yg keta Kak bole ciap dlm masa 2 minggu jer. Mak dgr lagi lar dia x percaya. Cepat kot. Tp, akhirnya dgr kata ejen insurant u coz Kak memang x berani tanggung risiko dah. Kak kata, pasal kereta memang lar dia sayang. Keta baru kot (persona). Guna duit dia sendiri kot. Tp, kalau pasal nyawa dia x berani nk tanggung risiko. Xkan nk balik dari Selangor k Ganu naik keta yg camtu. Kita x taw keadaan dlm (enjin, temperature) camne. Takut, kot2 lau kepanasan jd perkara lain plak.

Pah lama berbincang, driver bas pon mai. Macam nak marah je. Tp, lepas dngr Kak mengaku salah, dia ok jer. Dia ingt Kak nk salahkan dia. Plak tu dia ingat Kak sengaja xnak mai kat dia parking bas tu. Nk pegi camne kan, keta dia sendiri pon xleh nak gerak. Driver tu ciap gitau de makcik k pakcik entah, pengsan sebab excident tu. Lawak lar plak dgr. Sebab kitaorg yg duk dlm keta x menjerit pon. Ternganga de lar.Blur sekejap. Lepas tersedar, baru dgr Kak kata, “bumper aq”.. Tgk2, bumper tergolek dah tngh2 jlan. Driver tu suh report kat balai coz lau Kak x repot cam jd kes langgar lari. Plok tu, lau nk claim insuran memang kena de surat repot.

Semua urusan termasuk menghantar kitaorg kat balai, sorang ejen insuran tu lar yg tolong settlekan. Aq, mak, Syafiq and Shahrul, Ejen insuran tu suh tunggu kat kedai makan dlu. Ia lar. Lau nak settlekan benda2 camtu x perlukan ramai. Cukup sekadar owner (Kak) and peneman (ayah). Kak gitau kan, masa dia repot kat polis pasal excident tu, pengawai polis tu senyum jer. Ciap bg advice, “lain kali lau nak masuk laluan bg signal, and jgn masuk terus”.. Polis situ dah kalis. Agak2 dlm sehari lebih 30 kes excident kot berlaku sehari??

Nasib baik Kak bawak sume dokumen dia termasuk geran keta. So, xyah ar nak mai plak kat PJ tu semata-mata n kantar dokumen dia. Settle jer sume, terus jer g kat station bas. Ejen insurant u jgok yg antarkan. Ejen insuran tu nama dia abg Bob kot. Lau x silap lar. Nmpak muka cam baik jer.

Smpai2 jer kt station bas, terus jer cari tiket. Tiket utk bas express utk ari tu abis. Sold out! So, de lar kaunter utk bas tambahan. Harga dia dlm RM50 utk seorang. Tp, juz beli utk 5 org coz Syafiq kan kecik ag. Kongsi2 lar tmpat ngan dia. Tiket bas pukul 8.00 mlm. Tp, ada kat tu dlm pukul 5. Terpaksa lar menunggu. Bila difikirkan. Rasa cam pelarian. Terkejar2.

Dlm duk tunggu, mak sedara call gitau yg husband dia de kat putrajaya. Kebetulan de keja kat putrajaya. Mai putrajaya naik van jabatan. Disebabkan juz pak sedara n driver jer, so pak sedara bawak sekali 2 org anak dia teman. So, kalau dihitung, ruang utk van jabatan biasanya bole memuatkan 12 passengers. So, campur pak sedara, 2 org anak dia n driver. So, de 8 lagi tmpat kosong. Kebetulan dia pon nk pulang ari tu jgok kat Ganu. Apa lagi. Gunakan apa yg ada lar kan. So, aq and Kak pon pulangan balik tiket bas tu. Tp, dia pulangan juz RM150 jer. Xpe lar. Asalkan jimat and bole balik awal dari tu sudah.

Yeahh.. akhirnya sampai kat Ganu keesokan harinya.
The moral of story, rancanglah perjalanan anda seelok-eloknya. Pastikan bawak bekalan (duit) yg mencukupi. And, the main point, jgn cepat melatah and jgn hot temper sangat. Kak pon de kata yg, ‘Allah bg ujian supaya dia sabar’..



Will been continue… (pengalaman 2nd interview)

Thursday, 14 November 2013

Macam tipu jer, macam bohong jer

15 November 2013

Kalu lar aq citerkan kt org lain mesti diorg gelak punyer. Coz memang tersangat x logic (logic jer sebenarnya, tp….) macam mane nk cakap err..                 
      
Bilik aq ni lar. Macam sarang nyamuk a.k.a umah nyamuk. Yg peliknya bilik org len xde lar sebanyak bilik aq. Sekarang ni macam rutin seharian plok. B4 tido, make sure bunuh dlu nyamuk at least 5 ekor n above?!  And one more thing, dinding bilik x payah tampal ngan wallpaper. Memang penuh dgn corak2 nyamuk terlekat kat dinding ni. 3D ag tu beb… kalu de org masuk bilik n komen pasal nyamuk ni, alasan aq senang jer. Memang nyamuk ni kawan bek aq selain semuk. Sejak azali ag kot. Haha (gelak paksa)

Tadi kan, aq de tgk citer melayu. Tajuk citer tu Neraka Abah. Citer tu x de lar scene  jiwang2. Komen aq, 90% ok. So, A+ lar tu. Pelakon2 citer tu yg aq suka sebenarnya. Macam pandai jer menghayati watak terutama si budak kecil tu. Si Achik or lau x silap aq nama sebenar dia adik Haikal. And yg paling x bole bla, aq nagis?!! Aq pon cam x caye aq leh nagis. Aq ni susah ckit nk nagis lau tgk citer. Tp, x tau ar macam mane bole ternangis. Depan adk2 plok tu. Nasib ar ade adk aq sorang ni Irah pon nagis jgok. Xde ar kena ejek sorang2. De ag kot citer yg aq tgk yg membuatkan aq kuar air mata. Tp x byk. Rasenya x smpai pon 10 citer. Yg paling aq ingat and majority akn nagis bila tgk citer tu. One liter of tear. Citer kisah benar dari Jepun.

Hah. Pah aq taip ni baru aq perasan. Bg aq citer2 yg sedih n yg bole membuatkan aq mengalirkan air mata juz citer mengenai keluarga, peperangan, penyakit.. tp, kalau cita yg melibatkan perasaan, jiwang2 gitu sorry to say lar. Never! Maybe lepas aq dapat memahami jiwa org berkasih ni kot baru bole nk sedih2. Tp so far memang aq langsung x faham. X de perasaan ag kot. Hati batu ckit lau bab2 cam ni. Hehe

Lagi apa er yg susah ckit nk percaya pasal aq ni er? Hah. Betul k aq dah 23 tahun? Macam tipu jer. Camne org berumur 23 tahun tp peragai cam budak2. Lau org tgk aq, komen diorg yg biasa aq dgr, first: muka macam 28 tahun, second: nmpak cam garang, third: ??. tp, aq sendiri pon susah nk paham peragai aq. Maybe apa yg org cakapkan pasal perangai anak second ni pelik sikit betul kot. Bole lar peliknya. Aq suka layan cita kartun. Lebih2 ag Ryukando. Patut lar de geng2 aq yg laki2 kata aq ni cam lelaki. X macam perempuan. Tp, plezz ok. Aq ni x de ar kasar cam lelaki. Juz perangai yg selamba tu jer cam lelaki.  Tp dr segi len aq ni lembut ape. Ayu ag tu. (cehhh. Macam kelentong jer. Tp, memang de jgok lar yg betulnya). :D

Aq rase aq ni de kebolehan ar. Org panggil sixth sense kot. Kebolehan aq, de 9 nyawa mcm kucing. Haha. Macam superhero plak rasenya. Sebab apa aq kate camtu. Mai aq senaraikan peristiwa yg aq penah alami. De sedikit rasa menakutkan, melucukan, membimbangkan dan seangkatan dengannya:

1)         Penah terkena kilat. Tp xlar sampai masuk hospital. Klinik pon x pegi. Sebab terkena coz main laptop masa kilat sedang sambar menyambar. Letih mulut mak duk berleter suh tutup suis. Tp, still buat pekak badak. Tu lar bahananya. Saksi di tempat kejadian adk aq, Syahrul. Dia kata nmpak macam api kuar kat laptop n terus sambar tangan aq. Aq x lar Nampak api. Juz Nampak cam aliran letrik warna biru. X sempat pon kena tangan. Juz de sikit tempias kot. Memang x leh ar nk bayangkan situasi masa tu. Abis kebas rasa tangan sebelah kiri. And my lappy, Alhamdulillah selamat. Ingatkan memang x dapat nk diselamatkan dah. Dah lar segala data, salinan jornal2, tesis yg dah ciap hampir 50% de dlm laptop. Memang lar ada aq save kat len. Tp, yg latest memang x save pon ag masa tu.

2)        Accident. Bkan sekali 2. Tapi berkali-kali. Yg paling latest aq terbabas sorang diri kt traffic light. Tahun lepas. Accident yg len x lar teruk pon. Setakat sakit2 badan jer. Xde ar luka2 segala. Ni accident kali ni menyebabkan kaki aq kena simen. Masa Dr buat x-tray Dr gitau de 2 jari patah. Ibu jari n jari sebelah ibu jari. Org panggil jari apa er? Jari manis kot. And tempurung kaki retak. Dr suh buka simen tu selepas sebulan. Tp, aq buka sendiri jer lepas 2 minggu. X tahan lar. Gatal gila kot. Rupanya kalau de kepatahan ni, ia akan bagi effect jangka masa panjang. Kesannya, walaupun kaki aq dah ok, xlar jalan tempang2 lagi tp mesti akan rasa lenguh2 kat bahagian patah ni. Dah lar bila buat bengkok2kan jari tu bunyi cam dahan patah. Krut, krut, krut… gitu lar lebih kurang bunyinya. De ar ari tu aq drive keta dr ganu sampai Melaka, n dr Melaka jalan2 plok sampai Johor (Danga Bay n Mall pe ntah nama) n balik plok kat ganu selepas 3 hari tu. Lepas jer balik, abis terasa sakit kt bahagian tempurung kaki tu. Effect dr accident k or sebab letih kaki er? Aq ni lau drive mane reti nk pakai kasut k selipar k. memang berkaki ayam jer. Kikiki

3)       Penah ar de pengalaman disengat tebuan and lipan. Tp tebuan tu x sengat pon aq. Aq yg pijak dia. Dah lar x pakai selipar masa tu. Berkaki ayam. Bila kena sengat ni, cara terbaik utk menyejukkan bahagian gigitan tu letakkan biji asam gelugor yg dibelah.

4)       Mak aq kata, masa kecil aq ni de penyakit paru2 berair. Tp, aq pon x berapa nk sure teruk k x. juz mak kata aq ni masa kecil byk berulang-alik k klinik. Maybe x teruk sangat kot. Aq rase aq lar anak mak yg paling byk kerenah masa kecil. Dah lar suka nangis. Hishh3.. teruk, teruk

         Plus2 sume accident lebih dr 5 kali termasuk jatuh basikal sampai berparut, lipan, tebuan, kilat n penyakit masa kecil. Haha.. plus all = 9!? Hahaha.. sepatutnya dah xde kt dunia ni dah. Tu lar kn. Kuasa Tuhan. Kalau Allah kata Kun Fayakun (jadi maka jadilah). Same goes jgok ngan case sy ni. Xde nya sixth sense tu. Allah bagi saya peluang lagi untuk saya hidup kat muka bumi ni. Alhamdulillah.. (tetiba bahasakan diri saya?)

         Tp kn, satu ag yg aq pelik ngan diri aq ni. X penah berasa serik or fobia. Lepas terkena kilat, bermain jgok laptop masa guruh. Tp kalau kilat sambar menyambar macam hari kajadian tu memang terus jer cabut plug. X main pakai shutdown dah. And I’m still merempit. Tp, xlar merempit macam mat rempit sebenar. Juz bawak motor jer lar.

Ngatuk lar plok rase. wan an. Assalamualaikum w.b.t :)

Wednesday, 13 November 2013

journal

13 Nov 2013 /1700pm

Tgh kebosanan utk mendapatkan idea. xde idea + xde mood + main2 = blank?

Ok. sekarang kena fikir plok kat mana nk publish journal dgn index glamour/byk n impact factor tinggi? Kalau publish kt publisher yg free, tarikh nk tunggu publish journal memang agak lama la. N kalau bole cari publisher yg publish journal monthly coz probablility nk publish our journal less than a month is less. Nasib lar aq ni bole sv yg baik hati. So, sume perbelanjaan utk fee sv yg tnggung. Jimat giler kot.

So far, de 2 dah journal aq publish:

 1) Comparing the Univariate Modeling Techniques for Measuring of Climate Index in Sitiawan, Malaysia http://www.ijser.org/ResearchPaperPublishing_July2013_Page2.aspx

2) Comparing the Box-Jenkin Techniques for Measuring of Climate Index in Sitiawan, Malaysia http://rspublication.com/ijst/oct13/oct13.htm

Besides, de ag yg dah ciap tp dlm process nk cari n compare journal publishers yg terbaik.
Ok. Bercakap pasal journal, kenapa aq memilih Sitiawan untuk forecast climate index? Untuk mengukuhkan jawapan bimbang disoal masa viva nanti, jawapan aq mudah jer. Data untuk Sitiawan yg aq dpt dr web nasa menunjukkan jangka masa yg agak lama berbanding lain2 station di Malaysia. 

Kenapa web nasa bkn jabatan meterologi Malaysia? Sebab data yg diambil dr web nasa menunjukkan tempoh yg lebih lama. Saya juga ada membeli  data dr jabatan meterologi untuk perubahan cuaca yg latest (tahun 2012-2013). Tetapi, web nasa sudah tidak beroperasi lagi disebabkan faktor2 yg saya sendiri pon x tahu. Hehe

InsyaAllah, nanti aq nk publish journal untuk membandingkan method2 yg terbaik utk forecast climate index. Satu lagi method yg aq tgh exlore n study sendiri, Artificial Neural Network (ANN). Mula2 study pasal benda alah ni, de rasa sedikit pelik. Cam biologi jer. Tp, tulah. Tuhan ciptakan sesuatu bersebab. Memang setiap kejadian ade je kaitan between eachother. Math + Bio..  hurmm

Last but not least, gud luck for myself. Peace yo :D

Tuesday, 5 November 2013

Bila datang mood...

Salam

Ok. Ni aq datang mood nk menulis. bkn senang taw nk datang mood meng'update' blog aq ni aka diari x lar peribadi sngt.

6 November 2013

Yeah. ari ni aq bgn awal. bgn awal maksudnya bg aq maksudnya x sambung tido pah bngn utk solat subuh. kalu bngun pagi mesti rase sakit perut. lau bg excuse gitu k mak sebab nk bgn lewat mesti cam x logik. tp memang tu lar excuse aq setiap kali bgun awal. mcm mane lar nk idup sorang diri kekgi. rase cam sekejap gile waktu berputar. baru jer rasenya di alam persekolahan. tut2 dah graduated dari universiti dah.

Niat di hati nk ciapkan bab literature review utk chapter 2. Sebabnya sume analisis dah aq ciapkan. Alhamdulillah dgn pertolongan kekawan yg len. kalu ikutkan aq dah bole tunggu utk tentukan tarikh viva jer ni. tp, tu lar. Bila nk datang mood???? Nk menulis lagi, nk membaca journal2 lagi, sume tu perlukan MOOD!.

Ahuyai... sakit perut datang menyerang plok. nampak gayanya terpaksa lar aq sambung tido plok. harap2 pah ni datangla mood nk ciapkan tesis ni.

huhuhuhuuhuhuuuhuuu....




haha;-)

Watch "Funniest Super Bowl Commercials of 2013! (Top 10 Super Bowl Ads) Best 2013" on YouTube

berniaga, menjaja n seumpamanya

letih siot...
ari ni merupakn ari yg k-3 aq meniaga smpai k tngh mlm. bersamaan 30 hb 6 thn 2013. n x smpai beberapa ari lg nk pose.
ni bknnya first time aq meniaga smpai k tngh mlm. pengalaman pertama aq masa kt kelate. jd jurujual produk sensodyn masa jom heboh.
sebenarnya de main point aq nk mention pasal perniagaan ni ialah mcm mane kita nk attract costumer utk membeli d gerai or kedai kita. antara yg aq perhatikn n menjadi observer sepnjg menjadi jurujual ni (kiranya research yg mengunakn jugment semata-mata) antaranya ialah:

1) Gerai - kemas, bersih, cantik n byakkan pilihan untuk customers.

2) Mesra - pernah dgr x kebanyakkan company besar mengunakan slogan "customers always right"? ar, walaupon kiter xde lar company juz sekadar gerai kecik jer, tp at least layanlah customers elok2. Muka tu lau bole senyum ler 24jam.

3) Parking - Ni sometime aq hairan jgok. camne de org leh berniaga kat tepi jln yg cbuk n xde parking? De k customer? n x menbahayakan penguna jalanraya yg len k?? So, lau nk buka kedai k, buka gerai k yg penting jgok kiter kena pikir org len jgok. jgn lar suka sangat jual ikan 'sellfish'. Make sure customer yg nk berhenti membeli di gerai kiter x menghalang lalu lintas org len.

4) Harga, Kualiti n Kuantiti - Se lagi. ni yg penting jgok utk attract customers. jgan lar jual barang mahal sngat. cam org kata jgan lar cekik darah sngt. Kualiti tu pon kena jaga. jgn lar buat cincai jer. lau bab makanan ni lagilah kena jaga. lau keracunan cam ne? x k naye. cam org kata 'prevation is better than care'.

Ok, rasenya de lagi yg aq lupa nk senaraikan. tp, tu jer lar dlu setakat ni. Gombate ! :)

Sunday, 24 February 2013

sambungan 1

4) tngn diatas lebih baik dr di bawah

5) lain org, lain ragam. lau x xdok yer masalah dlm dunia ni

6) bab kata matlufi 2+2=5. coz luar kata lain tp dlm kata lain. coz keadaan yg memaksa kita supaya menjadi pengecut. memang lumrah sebab kita org melayu waima rakyat malaysia sekalipun telah diajar utk menurut sprt lembu dicucuk hidung.
oppss.. nanti de pihak terasa coz menyamakan manusia dgn binatang

6) biar ilang adab, budaya or bangsa sekalipun.. asalkan akidah sebagai umat islam terpelihara sampai ke liang lahad. Amin..

7) spangbob berciter2 nk lesen memandu, naruto nk jd hokage. aq, InsyaAllah berjaya dunia n akhirat. Amin...

bersambung....

Thursday, 14 February 2013

kata2 motivasi utk diri sendiri

mulai ari ni, nk try kumpul kata2 motivasi @ melalut @ mengarut utk diri sendiri n terbit dr kata hati

cewahhh ;-)

1) x mati lau x mkn makanan sedap pom

2) biar ape org nk kata, asalkn idup x lari dr agama sudah lebih dr memadai

3) biar kelihatan pelik asal x gila sudah

3) setinggi2 belajar, tp adab kena jage. hrmt org tua n tidak bangga diri. sekaya2 n secerdik2 kita, bkn dlm jangkaan kita pon lau Tuhan nk tarik nikmat tu

bersambung...

Saturday, 9 February 2013

teknologi... sejauh mane tahap infinity?

aq suka tgk perkembangan teknologi sekarang. sampai something yg x terjangkau oleh otak kiter pon bole dicipta oleh makhluk yg bernama manusia.

manusia abad 20an rasenya xpenah merasa idup tanpa letrik. setiap umah wajid de letrik. penah jugok aq terpikir camne perkembangan letrik masa mula2 manusia mula explore benda tu. sama jugok perkembangan telekomunikasi. bermula dgn wayar n sekarang ni juz gelombang wireless. 

zaman sekarang teknologi cepat sngt dieksplotasi lebih2 lg berkaitan handphone. bermula dgn telefon bimbit yg besar boh n sekarang sebesar ibu jari pon ada. aq plok mampu guna samsung galaxy y jer. tu pon hadiah dr kak yg tercinta. pe2 melalui smartphone ni lar aq duk nulis blog yg entah k ape ni. doh lar suka lari dr topik asal :-$ hehe

berbalik kpd topik asal td.. terpikir jugok aq, lau someone or somebody de smartphone tp xdok langgan mane2 internet or xdok internet connection langsung berguna k benda alas ni? lau setakat nk tnjk grand bole lar. tp lau saje2 bek pakai hp base jer cam nokia pe tah model. yg tahan lasak n yg paling penting ketahanan bateri. x yah susah2 nk cas bateri ari2. letrik pom jimat.

berciter pasai teknologi, aq tgk dr perkembangan semasa ia bermula dr kepesatan pengunaan internet. tnpa internet, x berguna smartphone,  x berguna gps n len2. aq belajar fizik pom setakat form 4 n 5. xtaw sngt pasai gelombang2 frenquency yg dpt mengantar signal2 mcm wireless utk radio, internet n perhubungan len.

zaman sekarang dipanggil dunia tnpa sempadan. dunia dihujung jari. tp, setakat ni aq rase teramat lar tidak logik jika manusia dpt mencipta mesim masa n pintu utk k tmpt len mcm citer doreamon. secanggih mane pon teknologi xkn dpt mengundur semula masa. manusia dicipta akal. tp, akal manusia bukannya bersifat infinity. ia ade had maksimum. jika manusia berfikir yg diluar dr jangkaan otak, lama kelamaan giler lar jadinya.

sebagai umat islam, kiter diajar utk mendalami ilmu, menyelidik, mengkaji serta meneroka setiap ciptaan Allah. manusia mencipta kapal terbang melalui pemerhatian terhadap burung. begitu juga dgn kebanyakan ciptaan lain..

kiter x bole nk forecast biler akn berlakunya kiamat. mybe esk or 10 thn kemudian n mybe after 500 year lg..

jgn teknologi membuat kiter alpa dgn nikmat dunia. berusaha menjadi khalifah di muka bumi dgn sebaik-baik mungkin.
-peace no war-

Wednesday, 23 January 2013

terpaksa, terkonkong, redha?

terbaca satu tjk akhbar perihal ank gadis lari ikut tunang sebab mak x setuju tarikh khwin yg dicadangkan si ank.

si ank nk kawin cepat. si mak plok nk ikut tarikh dia. si mak plok ciak ugut nk putuskan pertunangan lau x setuju tarikh yg dia hendak.

persoalan aq loni, wajar k ibu bapa nk sekat lau perkara tu seeloknya disegerakan? plok tu lagi lama terikat ngan pertunangan lagi byk dosa terkumpul. tunang tu sama jer mcm couple. xdok hak between each other.
satu lg, yg nk kawin ank. plok tu, si ank dah besar pnjg. xkan mak ayh nk jaga lg masalah si ank.

memang saloh si ank lari ikut si tunang. tp, dlm keadaan gini si ibu pon silap sebenarnya.

timbulnya masalah sebab ketidaksefahaman, kehendak diri jd keutamaan dan pndanngan pihak lain dipandang enteng, sikap mengongkong yg x kena tmpat n etc.

so far, aq ni single ag. kak n adk2 x kawin jgok lg. tp, lau tgk cara mak n ayoh, mereka bukannya yg jenis mengongkong. semua dr segi pemakaian, makanan, perdidikan n cara idup ank2 tidak pernah disoal. tp, lau cara tu saloh dr segi agama memang direct kena sound lar. masing2 adk beradik saling tegur-menegur lau de saloh n silap.

bg aq, memang lar si ank jd tnggungjawab ibu n bapa. tp, kn soal idup n mati pon ibu bapa nk campur tngan. satu ayt mak yg aq suka n ingt sngt2. "ikut lar penda mg nk wak, asal mg bhgia n x salohkan org lain".

mak ayh berhak utk tentukan yg terbaik utk ank2. tp tu x bermakna mereka berhak utk mengehadkan opinion si ank terhadap masa depan mereka. sebab si ank yg akn menghadapi serta menghadapi harinya yg mndatang.

walau pelbagai onar berduri terpaksa dihadapi, sekurang-kurangnya si ank akn hadapi tnpa perlu menyalahkan pihak yg lain. ;-)

Monday, 14 January 2013

listen

bile sy bercakap awk juz "dgr, jgn komen n SHUT UR MOUTH"..
from: animal planet

Wednesday, 9 January 2013

anemia?

ape dia anemia?
anemia ialah yakit yg mane kurangnya darah merah (hemoglobin kurang dlm darah merah)
punyer nk citer, ari tu g teman anah (adik) nk cek talasemia. pah2, dr suh jgok aq cek.
pah2 tgk result, dr royak aq Alhamdulillah x dok masalh tp de yakit anemia plok. anah plok
dr x sure ag. tp, Alhamdulillah jgok coz ia xdok lar beta talasemia. juz dr kena ambk mula 
darah coz nk cek takut2 de jd pembawa or alpha talasemia.

bile aq taw de yakit tu, mulalah wak andaian mcm2. patut lar mcm2 simptom de mcm cepat
letih, kurang daya ingatn, sesak nafas dll. se jer yg hairan ckit. bakpe berat bdan x turun pon.
lagi berat de ler. hehe..
tp pasal kurang daya ingatan tu, memang betul2 terjadi. baru jer konvo tahun lepas, pah2
semua ilmu yg de cam lesap terus dlm kepala. lau nk ingat kena review semula.
se hal plok, masalh kurang daya tumpuan. susah sngt nk tumpu lau buat satu2 benda. 
nie terpikir nak tulis blog coz memang x leh TUMPU langsung nk wak proposal nie. aduyaiiii

tp, bile pikir betul2, memang ler tu semua berkaitan simpton anemia. tp, pasal case aq nie aq rase
penyebab utama bukan sebab penyakit tp sebab mindset. n penyebab utama sebab MALAS.

So, pesanan utk diri sendiri...
lau nk ciapkan master mg tu kurang dari setahun setengah, pastikan proposal tu ciap b4 bulan 
satu nie. lau x jgn harap nk abiskan master cepat.. n pastikan x dok copy n paste cam kebiasaan buat 
masa degree dlu. lau x jd plagarism plok. Shue WAKE UP!!!


ngarut!!!

salam...

rase cam nak tulis surat wasiat jer. haha
Ya Allah, stressnya...
rasenya dekat seminggu dah tido lewat.
alasannya sebab nk ciapkan proposal. sambil2 tu
dgr lagu. bila fikir balik, lau sebulan pon lau tido lewat rase cam x guna langsung.
lain ler lau buat soklan math. tp, lau nk wak essay sambil dgr lagu jawabnya penuh ler se paper
ngan lirik lagu. huh...